Salon Hijab Elegan (SHE) ditubuhkan pada 24 Mac 2014 di bawah syarikat milikan tunggal ALLY VENTURES di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Akta 197) dengan nombor pendaftaran PG0340510-D.
Pada awal penubuhan salon ini dinamakan sebagai Av Anggun dan telah dijenamakan semula sebagai Salon Hijab Elegan (SHE) pada akhir tahun 2017.
Kepakaran Salon Hijab Elegan (SHE) adalah dalam menyelesaikan masalah berkaitan rambut wanita muslimah agar kelihatan lebih cantik, lebih bergaya dan lebih berkeyakinan walaupun berhijab. Masalahnya sekarang di luar sana amat sukar mencari salon rambut Muslimah yang pakar dalam potongan rambut terkini dan juga servis-servis lain yang berkaitan dengan rambut setanding dengan salon-salon rambut bukan Muslimah.